Halaman

Ahad, 7 Julai 2019

Diet dalam pemulihan cancer vs Chemotherapy


Bolehkah diet megubati kanser? Kalau boleh bagaimana caranya.

Kajian mengenai pemulihan cancer pada masa ini sudah berubah pendekatannya, kalau dulu kajian mengenai cancer adalah pada cara bagaimana sell cancer itu boleh di buang dengan cara manipulasi gene. Hasil daripada itu Chemotherapy di cipta, dalam kemoterapi banyak jenis dadah di cipta untuk menghalang gene cancer itu menyamar menjadi gene normal manusia. Sebagai contoh mTOr gene (evolusi growth hormone  normal) yang menyabab kan cancer pancreatic. Pada mulanya ia adalah gene normol, dan ia tetap di kesan normal oleh imunisasi badan. Tidak banayk beza cell cancer dan cell biasa. Chemoterapy juga tidak dapat membezakan secara khusus cell-cell ini. Ini menyebabkan cell biasa terkesan oleh chemoteraphy. Tetapi mengapa ia masih digunakan? Ya memang benar, kadar pertumbuhan sell cancer lebih tinggi  dari pertumbuhan cell biasa, oleh itu secara logiknya cell kanser akan mati dahulu. Tapi sejauh mana tubuh badan kita boleh tahan dengan kesan buruk chemotherapy. Which one will die first? The cancer or us?

Maka disebabkan itu, para pengkaji beralih kepada alternative lain seperti diet. Cell memerlukan tenaga untuk membesar begitu juga dengan cancer. Tenaga itu di peroleh dari tiga sumber, carbohydrate. Protein dan lemak. Jika jenis cancer anda mengutamakn  carbohydrate untuk membesar, diet kan carbohydrat, begitu juga sebaliknya. Hasil daripada kajian pada tahun 2018 oleh unerversiti Harvard membuktikan bahawa  pengurangan nutrisi khusus boleh membunuh cell cancer. Maka di sini tidak mustahil cancer boleh di ubat dengan diet. Namun… ada tapinya.

Yang pertama :Cell cancer yang dominantnya mengutamakan carbohydrate sebagai sumber tenaga itu boleh berevolusi bertukar kepada sumber tenaga lain seperti protein atau pun lemak.

Yang kedua: Lain orang, lain gene nya. Maka gene cancer nya pun lain. Begitu juga dengan jenis cancer yang di hadapi pesakit.

So, berbalik kepada persoalan boleh kah diet mengubati cancer? Plausible, kajian lebih mendalam diperlukan. Perubatan secara individu sedang di bangunkan. Tidak mustahil dalam beberapa tahun ia dapat di laksanakan.

Pada pendapat saya, hala tuju kajian cancer selepas kajian mengenali tabiat makan cancer selesai. Para ahli Nutrisi memegang  role yang penting. Mungkin ahli Nutrisi boleh mengatur pemakanan pesakit. Hari ini atau minggu ini dietkan carbohydrate, minggu depan dietkan protein. Supaya cell cancer itu tidak sempat untuk beradaptasi dengan perubahan sumber tenaga, maka cell kancer mati kebuluran.

Selasa, 28 Mac 2017

MACHUPO VIRUS ADA DALAM PARACETAMOL?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan khabar angin bahawa adanya virus Machupo berbahaya yang boleh menyebabkan maut ada dalam kandungan paracetamol P-500. Terdapat juga gambar yang melihatkan siptom symptom jangkitan virus tersebut seperti ruam, mata merah dan sebagainya.
Gambar viral di media sosial

Machupo virus adalah virus yang menyebabkan demam berdarah Bolivian. Bolivian adalah nama tempat di mana virus itu pertama kali di jumpa pada awal tahun 1960. Jangkitan virus ini diperoleh melalui penyedutan aerosal daripada air kencing tikus atau najisnya, virus ini juga boleh tersebar melalui makanan tercemar oleh najis tikus.

Tanda-tanda awal mungkin termasuk suntikan (konjunktiva mata merah), darah tinggi ringan, ruam, pendarahan gusi dan kaviti, sakit kepala, arthralgia, dan pendarahan bintik gatal. Gejala lagi boleh berkembang menjadi kejutan dan umum mukus membran pendarahan, epistaxis, haematemesis, melena, hematuria, disertai dengan kerosakan neurologi seperti gegaran, sawan dan koma.

Berbalik kepada khabar angin yang sedang hangat baru baru ini, symptom yang di viralkan oleh media social adalah sama, iaitu mata merah dan ruam. Walaupun begitu penyakit seperti jangkitan Marburg virus juga mempunyai symptom yang sama.

Pengambilan Paracetamol juga mungkin akan menyebabkan alergi kepada sesetengah orang tetapi ini jarang berlaku. Antara alergi yang mungkin akan berlaku adalah ruam hipersensitiviti.

Sekiranya memang betul virus Machupo ada dalam paracetamol. Virus itu tidak dapat hidup lama kerana  virus ini tidak boleh hidup dalam persekitaran yang kering, tetapi boleh bertahan sehingga 2 minggu dalam spesimen darah di luar perumah (Host).